20090930

New important message.

Hye all, firstly i would like to say thanks and Assalamualaikum to all my friends those who are do support me in this blogging. Actually im quite busy nowadays because Im working with my dad. I will continue my blog with all new stuff after this. Remember me, Napek :D

Thanks to all my new followers. I hope you will enjoy all my blog's stuff. Nice to see you here.

20090925

Sedikit kata rambang.

" Reaksi emosi jangan terlampau dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. "

Walaupun aku tak tahu siapa pengelola ayat di atas tapi aku suka ayat itu bagai menatang minyak yang penuh. Ayat di atas langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang aku nak tulis sekarang.

Cilaka kau lipas,

Oh wait. Saying it once wasnt enough,

Nah ambil kau tiga set lagi.

Cilaka kau lipas yang pengotor.
Cilaka kau lipas yang boleh terbang.
Cilaka kau lipas yang tak boleh tengok orang hidup senang.


Bang, minta nombor abang shieldtox boleh?

20090920

20/09/2009 lagi bermakna dari 09/09/2009

Terlebih dahulu izinkan aku mengucapkan Assalamualaikum kepada blogger-blogger sekalian, cheh dah post 4 blog baru nak beri salam, bukan taknak beri salam awal-awal tapi aku lupa. Sempena Chelsea FC dengan slumber menang dengan bergaya 3-0 ke atas pihak lawan, Tottenham, aku ingin menaip sesuatu yang aku baru sahaja baca di akhbar untuk dikongsi bersama korang-korang sekalian.

Tajuk di atas amat aku sokong, macam aku sokong kempen Belia Benci Dadah. Ketika minit-minit kecemasan di mana pemain-pemain kedua-dua pasukan berehat sebelum meneruskan perlawanan bola pada separuh masa kedua, aku sempat membelek surat khabar Metro untuk mengetahui berita-berita semasa dan luar masa. Tiba-tiba mata aku tertumpu di satu tempat, bukan pada raut wajah Lisa Surihani, bukan juga pada jadual berbuka puasa bagi seluruh negeri, tapi pada sedikit keratan berita yang menyatakan tarikh 20/09/2009 lagi unik.

Memang tarikh ini dilihat sama dengan 09/09/2009 di mana kedua-dua tarikh ini hanya datang sekali seumur hidup. Tapi bila aku baca betul-betul untuk mengelakkan salah faham, aku rasa tarikh 20/09/2009 lagi bermakna dari tarikh 09/09/2009 itu. Okay, kalau kita kira 2009 campur 2009 jadilah angka 22 kan? Atau lebih details korang kira macamni 2+9+2+9=22, 0 tu korang jangan ambil kira, yela nak kira macamana nama pun 0 kan. Sesungguhnya angka 22 ini banyak memberi maksud yang tersirat dan tersurat kepada kita, cuma kita sahaja yang agak-agak kabur.

Pertamanya ialah, 22 juta adalah jumlah terkini penduduk tanah air kita iaitu Malaysia, sengaja aku "ctrl + b" kan perkataan Malaysia tu, takut-takut ada pembaca blog aku ini datang dari Indon kan. Tak pepasal lak berlaku salah faham antara Malaysia dengan Indon. Keduanya pula ialah, kalau kita ambil sedikit masa untuk pantau peta dunia, benua Asia Barat mengikut abjad A bermula Afghanistan hingga abjad Y, Yaman, semua sekali berjumlah 22 negara di benua Asia. Bagaimana dengan yang ketiga? Lebih syahdu, angka 22 juga adalah tempoh kitab suci Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari. Kita telah sampai kepada yang terakhir iaitu yang keempat, ades dah macam mengajar dah aku ni, korang jangan salah faham, aku cuma nak kongsi bersama je benda-benda ni, korang jangan angkat tangan dan tanya aku bukan-bukan lak ok. Cuak lutut aku nak jawab nanti.

Mengambil kira wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW pada usia baginda 40 tahun, dan mula menyemarakkan syiar Islam selang setahun kemudian hingga detik kematian baginda pada usia 63 tahun, bermakna selama 22 tahun jugalah Rasulullah memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam untuk umat di seluruh dunia.


P/S: Sedikit sebanyak dapat juga aku berdakwah dalam blog ini. Tepukan untuk diri sendiri. Bahahaha

20090919

Selamat tinggal Bulan Ramadhan.

Setelah hampir sebulan berpuasa, baru aku rasa begitu indahnya bulan Ramadhan ini sebenarnya. Korang boleh gelak, korang boleh marah, tapi itulah yang aku rasa. Memang lah aku tak boleh hisap rokok dan menghembuskan asap-asapnya di khalayak ramai pada pagi harinya, tapi sebenarnya bulan inilah yang menjadi bukti di mana tahap iman kita.

Suasana raya kini makin pekat dirasa pabila terdengar bunyi-bunyi mercun rambang berbunyi di sini dan di sana. Kemeriahan raya kian terasa lagi bila suara-suara mak dan ayah aku meminta tolong untuk mengemas rumah.

Tahun ini masih seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tak pernah tersampai hajat di hati untuk berpuasa penuh. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi aku. Antaranya ialah

1. Khabar cerita di area tempat aku belajar, terdapat nasi berlauk rm3.00 dijual start pukul 11.30 pagi lagi. Aku jadi serba salah bila mendengar berita yang agak-agak baik itu. Terus terlantas di fikiran aku hajat aku masih boleh tercapai ke bila tahu pasal ini? Tambahan pada khabar cerita itu lagi, servis penghantaran nasi dan air ke rumah hanya rm4.00, aku terus ternampak tanda-tanda aku akan gagal dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

2. Setiap pagi lepas bangun tidur aku memang terlatih untuk menghisap rokok dahulu sebelum mandi, ye memang aku nak tinggal tabiat buruk itu, tapi aku tak boleh sebab dah lama sangat aku amalkan benda ini. Sepanjang 12 bulan selepas ini, aku akan cuba melatih diri aku untuk kembali ke pangkal jalan, maksudnya berhenti merokok selepas bangun dari tidur. Usaha aku ini sedikit sebanyak dapat membantu aku ketika berpuasa pada tahun hadapan. Chaiyok Napek you can do it babe!

3. Terdapatnya khidmat McDonald's menyediakan kaunter pandu laju eh pandu lalu atau lebih sinonim sebagai drive-thru. Aku bukan nak sabotaj diorang. Aku bukan nak menjatuhkan reputasi perniagaan diorang, tapi aku hanya nak ucapkan terima kasih kerana diorang macam memahami kehendak aku. Aku hanya perlu memandu kereta dan pergi ke sana untuk order apa sahaja yang aku mahukan, easy macam touch and go je kan?

Kawan-kawan yang prihatin, aku memang nak sangat puasa macam korang. Tapi aku tak boleh, aku akan mencuba yang terbaik pada tahun depan sekiranya ada umur lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ikhlas dari Hanafi,

P/s: Aku tahu raya aku tak semeriah korang, tapi at least aku dah cuba.

20090915

Pecah dara blog ini.

16/09/2009,
menjadi tarikh bertuah bagi aku untuk membuat blog yang kedua sepanjang karier hidupku setelah cubaan pertama gagal pada keseluruhannya disebabkan kegagalan aku mengendalikan masa untuk menyempurnakan blog aku sebelumnya itu.

Sedikit pengenalan untuk tatapan senior2 blogger ini,
muhammad hanafi bin khairuddin menjadi nama tetap bagiku atas usaha ayah dan mak memerah otak untuk memikirkannya setelah aku dilahirkan di muka bumi ini. Umurku hampir mencapai umur 20 tahun pada tahun ini tepat bulan 12 nanti.

aku berharap blog kali ini tidak mendapat nasib yang serupa seperti blog aku sebelum ini...