20090920

20/09/2009 lagi bermakna dari 09/09/2009

Terlebih dahulu izinkan aku mengucapkan Assalamualaikum kepada blogger-blogger sekalian, cheh dah post 4 blog baru nak beri salam, bukan taknak beri salam awal-awal tapi aku lupa. Sempena Chelsea FC dengan slumber menang dengan bergaya 3-0 ke atas pihak lawan, Tottenham, aku ingin menaip sesuatu yang aku baru sahaja baca di akhbar untuk dikongsi bersama korang-korang sekalian.

Tajuk di atas amat aku sokong, macam aku sokong kempen Belia Benci Dadah. Ketika minit-minit kecemasan di mana pemain-pemain kedua-dua pasukan berehat sebelum meneruskan perlawanan bola pada separuh masa kedua, aku sempat membelek surat khabar Metro untuk mengetahui berita-berita semasa dan luar masa. Tiba-tiba mata aku tertumpu di satu tempat, bukan pada raut wajah Lisa Surihani, bukan juga pada jadual berbuka puasa bagi seluruh negeri, tapi pada sedikit keratan berita yang menyatakan tarikh 20/09/2009 lagi unik.

Memang tarikh ini dilihat sama dengan 09/09/2009 di mana kedua-dua tarikh ini hanya datang sekali seumur hidup. Tapi bila aku baca betul-betul untuk mengelakkan salah faham, aku rasa tarikh 20/09/2009 lagi bermakna dari tarikh 09/09/2009 itu. Okay, kalau kita kira 2009 campur 2009 jadilah angka 22 kan? Atau lebih details korang kira macamni 2+9+2+9=22, 0 tu korang jangan ambil kira, yela nak kira macamana nama pun 0 kan. Sesungguhnya angka 22 ini banyak memberi maksud yang tersirat dan tersurat kepada kita, cuma kita sahaja yang agak-agak kabur.

Pertamanya ialah, 22 juta adalah jumlah terkini penduduk tanah air kita iaitu Malaysia, sengaja aku "ctrl + b" kan perkataan Malaysia tu, takut-takut ada pembaca blog aku ini datang dari Indon kan. Tak pepasal lak berlaku salah faham antara Malaysia dengan Indon. Keduanya pula ialah, kalau kita ambil sedikit masa untuk pantau peta dunia, benua Asia Barat mengikut abjad A bermula Afghanistan hingga abjad Y, Yaman, semua sekali berjumlah 22 negara di benua Asia. Bagaimana dengan yang ketiga? Lebih syahdu, angka 22 juga adalah tempoh kitab suci Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat, iaitu selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari. Kita telah sampai kepada yang terakhir iaitu yang keempat, ades dah macam mengajar dah aku ni, korang jangan salah faham, aku cuma nak kongsi bersama je benda-benda ni, korang jangan angkat tangan dan tanya aku bukan-bukan lak ok. Cuak lutut aku nak jawab nanti.

Mengambil kira wahyu pertama diterima Nabi Muhammad SAW pada usia baginda 40 tahun, dan mula menyemarakkan syiar Islam selang setahun kemudian hingga detik kematian baginda pada usia 63 tahun, bermakna selama 22 tahun jugalah Rasulullah memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam untuk umat di seluruh dunia.


P/S: Sedikit sebanyak dapat juga aku berdakwah dalam blog ini. Tepukan untuk diri sendiri. Bahahaha

No comments:

Post a Comment