20090919

Selamat tinggal Bulan Ramadhan.

Setelah hampir sebulan berpuasa, baru aku rasa begitu indahnya bulan Ramadhan ini sebenarnya. Korang boleh gelak, korang boleh marah, tapi itulah yang aku rasa. Memang lah aku tak boleh hisap rokok dan menghembuskan asap-asapnya di khalayak ramai pada pagi harinya, tapi sebenarnya bulan inilah yang menjadi bukti di mana tahap iman kita.

Suasana raya kini makin pekat dirasa pabila terdengar bunyi-bunyi mercun rambang berbunyi di sini dan di sana. Kemeriahan raya kian terasa lagi bila suara-suara mak dan ayah aku meminta tolong untuk mengemas rumah.

Tahun ini masih seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tak pernah tersampai hajat di hati untuk berpuasa penuh. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi aku. Antaranya ialah

1. Khabar cerita di area tempat aku belajar, terdapat nasi berlauk rm3.00 dijual start pukul 11.30 pagi lagi. Aku jadi serba salah bila mendengar berita yang agak-agak baik itu. Terus terlantas di fikiran aku hajat aku masih boleh tercapai ke bila tahu pasal ini? Tambahan pada khabar cerita itu lagi, servis penghantaran nasi dan air ke rumah hanya rm4.00, aku terus ternampak tanda-tanda aku akan gagal dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

2. Setiap pagi lepas bangun tidur aku memang terlatih untuk menghisap rokok dahulu sebelum mandi, ye memang aku nak tinggal tabiat buruk itu, tapi aku tak boleh sebab dah lama sangat aku amalkan benda ini. Sepanjang 12 bulan selepas ini, aku akan cuba melatih diri aku untuk kembali ke pangkal jalan, maksudnya berhenti merokok selepas bangun dari tidur. Usaha aku ini sedikit sebanyak dapat membantu aku ketika berpuasa pada tahun hadapan. Chaiyok Napek you can do it babe!

3. Terdapatnya khidmat McDonald's menyediakan kaunter pandu laju eh pandu lalu atau lebih sinonim sebagai drive-thru. Aku bukan nak sabotaj diorang. Aku bukan nak menjatuhkan reputasi perniagaan diorang, tapi aku hanya nak ucapkan terima kasih kerana diorang macam memahami kehendak aku. Aku hanya perlu memandu kereta dan pergi ke sana untuk order apa sahaja yang aku mahukan, easy macam touch and go je kan?

Kawan-kawan yang prihatin, aku memang nak sangat puasa macam korang. Tapi aku tak boleh, aku akan mencuba yang terbaik pada tahun depan sekiranya ada umur lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ikhlas dari Hanafi,

P/s: Aku tahu raya aku tak semeriah korang, tapi at least aku dah cuba.

No comments:

Post a Comment